segala info di dalam blog ini untuk dikongsi bersama..sekian,terima kasih.=]

borak-borak...


ShoutMix chat widget

Wednesday, March 24, 2010

pesanan utk lelaki

"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah."


* Wanita Ananah: banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.



* Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit terhadap suami. wanita ini sering menyatakan,"Aku membuat itu keranamu".



* Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.



* Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.



* Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.



* Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.



Dicatat oleh Imam Al-Ghazali..

Sunday, March 14, 2010

  • 6:52
    15/3

    Dua Golongan Yang Akan Menjadi Penghuni Neraka: Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah Sallallahu alaihi wa salam bersabda: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya.”

  • Friday, March 12, 2010

    Thursday, March 11, 2010

    bacalah kwn2!!!

    SEBUAH hadis Nabi SAW menyebut mengenai zina yang boleh merosakkan amalan selama tujuh puluh tahun. “Hari ini pembuangan bayi dilakukan mengikut dua cara iaitu sopan dan biadap. ‘Sopan’ apabila dilakukan menerusi pengguguran haram di klinik atau tempat tertentu ketika janin masih dalam kandungan dan diletakkan di masjid atau rumah orang, tetapi dalam kes pembuangan yang dikategorikan sebagai biadap pula apabila bayi berkenaan dibuang bagaikan sampah.
    kautsar276: Allah berfirman dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud: ‘Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka’. Firman Allah lagi yang bermaksud: ‘Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.’ (Surah al-Ahzab, ayat 59). Ayat itu Allah memerintahkan supaya Nabi Muhammad SAW menyuruh isteri Baginda mengenakan pakaian yang menutup aurat . Suruhan itu juga ditujukan kepada semua wanita beriman,”

    Tuesday, March 9, 2010


  • Manisnya iman. kerANa Waktu yang berlalu itu adalah umurmu. Umur mu adalah amat berharga. Itulah yang akan dapat dicagarkan utk diguna di akhirat. Guna dan penuhkan umurmu sebaik mungkin dengan ilmu bermanafaat Kecapilah nikmat iman disepanjang jalan perjuangan ini.pelihara tujuan sehingga hembusan nafas yang terakhir.

  • Assalamualaikum.. Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihati mu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tidak kelihatan... Bukti kasihNya, kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk menjadi yg terbaik kerana hidup tidak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dlm menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi... Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuhi insani.

  • Sunday, March 7, 2010

    jaga solat taw

    ~ Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.