segala info di dalam blog ini untuk dikongsi bersama..sekian,terima kasih.=]

borak-borak...


ShoutMix chat widget

Saturday, February 27, 2010


  • Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara,iaitu : 1. Sebelum khatam Al Qur'an. 2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir. 3. Sebelum para muslim meredhai kamu. 4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah.... "Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? "Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : 1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. 2. Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. 3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu. 4. Dan, perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil, bertakbir

  • Wednesday, February 24, 2010

    10 perkara yg termasuk dalam kategori sia2

    SUFYAN ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan ada 10 perkara yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:
    1. Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tetapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu bapanya sendiri dan kaum Muslimin.
    2. Orang yang sering membaca al-Quran, tetapi tidak membaca secara tertib hingga 100 ayat setiap hari.
    3. Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar kembali dari masjid tanpa mengerjakan solat tahyatul masjid.
    4. Orang yang melewati tanah perkuburan, tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah mereka.
    5. Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian dia keluar dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah.
    6. Lelaki atau wanita yang tinggal dalam suatu lingkungan dengan seorang ulama, tetapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu.
    7. Dua lelaki yang bersahabat, tetapi mereka tidak saling menanyakan keadaan masing-masing dan keluarganya.
    8. Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tetapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.
    9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu berharga untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.
    10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang dia sendiri makan kekenyangan di dalam rumah.

    azabnya ya allah

    kisah dipetik daripada al-kabair oleh imam al-zahabi :
    seorg lelaki menziarahi saudara perempuannya yang menggal dunia. dalm pd dia menolg mengburkn jenzah saudaranya itu, dmpet wangnya terjtuh ke dlm liang kubur , tnpa dsedari sesiapa, shgga msg2 pulg ke rmh. apabila dia tersdar dmpetnya tiada, trus dia mengagak dmpetnya itu sdh terjtuh ke dlm liang kubur saudaranya itu.
    lants dia kmbali ke kubur dan mggali kubur itu semula. nmun, algkh terprnjat nya dia , kbur itu memncarkan api yg menyala-nyala! segera ditimbusnya semula kbur itu dgn tanah.
    dgn takjub dan kesal, dia kmbali ke rmh dan menemui ibunya sambl menangis teresak-esak dan berkata: "oh ibuku!! ceritakanlah padaku hal saudara perempuanku ini , dan amal yg telah dikerjaknnya selama ini?" si ibu berasa terpernjat dan bertanya ;" mengpa engkau bertnya bgitu??"
    katanya, : "saya dapati dari kuburnya keluar api!!" seterusnya dia mencrtakn kpd ibunya apa yg dlihatnya.
    mendengar crta itu, si ibu lalu menangis dan berkata ; "hai anakku! pd pemerhatian ibu, saudara perempuanmu itu tdk buat apa-apa selain dia suka meremehkn wktu solat dan melewatkn solat drpd wktu yg sepatutnya."
    bgtulah ditunjukkn Allah s.w.t., balasn org yg melewatkn solat. persoalannya, klu hanya melewatkn solat, maka bgaimana pula halnya org yg tdk bersolat sama sekali?
    kita bermohon pd Allah s.w.t. , smga Dia memberikn kita taufik spya menjdi kalangan org yg menjaga solat.
    P/S ; sme2 kter amek iktibar..
    sebarkn kpd rkn2 anda..
    smg idop kter terisi dgn dakwah.

    Monday, February 15, 2010

    40 nasihat utk menjadikan kehidupan harian kita tu paling perfert (afdhol) :


    1. Peruntukkan waktu selama 30 minit utk berjalan kaki
    2. Duduk sendirian selama 10 minit
    3. Peruntukkan 7 jam waktu tidor
    4. Hidupkan hari kamu dengan tiga perkara ini, kuat +semangat+belas ihsan
    5. Mainlah permainan yg menggembirakan kamu
    6. Bacalah buku2 ilmiah sebanyak mungkin
    7. Khususkan waktu untuk santapan rohani seperti solat sunat, zikir, baca Quran
    8. Luangkan masa untuk berbual dengan orang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah
    9. Pasangkan impian ketika kamu berada dalam keadaan sedar
    10. Banyakkan mkn makanan semulajadi, kurangkan mkn mkn segera
    11. Minum air masak
    12. Cuba utk membuat 3 orang yg berada disekeliling kamu tersenyum
    13. Jangan dibiarkan masa berlalu tanpa perkara berfaedah
    14. Lupakan segala perkara buruk yg telah kamu lakukan, dan sembunyikan kesalahan org lain
    15. Jgn sesekali berfikiran negatif, penuhilah azam dgn fikiran positif
    16. Jadikanlah kehidupan yg kamu lalui itu sebagai sekolah, dan kamu pelajar di dalamnya, setiap ape jua masalah yg kamu lalui, pasti ada penyelesaiannye
    17. Jadikan sarapan itu sebagai santapan diraja, lunch seumpama menteri, dinner seumpama kamu seorang faqir
    18. Senyumlah dan ketawa sebanyak mungkin
    19. Kehidupan ini terlalu pendek, jgn sesekali penuhinya dengan membenci org lain
    20. Jgn jadikan semua perkara itu terlalu serius, ‘be smart and think’
    21. Tidak semestinya kamu perlu juara dalam perdebatan dan perbincangan, cuba utk menerima kesalahan dan pandangan orang lain
    22. Lupakan perkara buruk yg telah berlalu sehingga mempengaruhi masa depan kamu
    23. Jgn bandingkan kehidupan kamu dengan org lain
    24. Hanya satu sahaja yg mencorak dan menjamin kebahagiaan dalam kehidupan, iaitu ‘kamu’
    25. Cuba bertolak ansur tanpa syarat
    26. Apa yg org perkatakan keburukan di belakang kamu, anggaplah ia tiada kaitan langsung
    27. Bersangka baiklah pd Allah
    28. Sama ada kehidupan kamu baik atau buruk, percayalah semua itu akan berubah
    29. Ketika kamu sakit, byk tugasan telah terjejas, yg menolong kamu itu adalah sahabat, maka hargailah mereka
    30. Cuba buangkan segala tabiat yg tidak bermanfaat dan berguna
    31. Hasad dengki byk membuang masa, adalah lebih baik kamu menggunakan waktu tu utk meningkatkan keupayaan kamu
    32. Tiada perkara dalam dunia ini yg mustahil
    33. Apa jua perasaan yg kamu lalui, jgn lemah, naif, putus semangat, cuba utk bangkit dan teruskan perjalanan
    34. Cuba lakukan sesuatu perkara itu niat kerana Allah
    35. Cuba selalu hubungi kedua ibu bapa dan adik beradik
    36. Hiduplah bermaruah dan nikmatilah kebahagiaan
    37. Cuba utk menjadi seorang yg sentiasa memberi bukan menerima
    38. Jagalah agama kamu
    39. Ketika kamu bangkit dari Subuh, dan kamu rasakan masih hidup, bersyukurlah pada Allah
    40. Doakan kebahagiaan sahabat2 dan saudara2 kamu.

    Saturday, February 13, 2010

    Wahai Wanita Solehah

    Wahai Wanita Solehah....... " Jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana tidak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan atau lirikan senyuman, pada bicara manja yang menggoda atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. sesungguhnya hanya lelaki adalah pemimpin kepada wanita. Andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa lelaki yang kau nanti itu sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu, kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya dan lelaki yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu......."

    Monday, February 8, 2010

    malaikat...haiwan...manusia.



    Malaikat - diberi AKAL tanpa NAFSU

    Haiwan - diberi NAFSU tanpa AKAL

    Manusia - diberi AKAL dan NAFSU



    jika manusia dapat mengalahkan nafsunya ,maka naiklah darjat manusia bahkan melebihi malaikat jika dia kuat beramal ibadat kepada allah.tetapi jika dia tunduk @ dikalahkan oleh nafsunya maka turunlah dia kepada darjat haiwan,bahkan lebih hina daripada haiwan sekiraya terlalu menurut hawa nafsu..

    awasilah nafsu yang didorong oleh syaitan.Nafsu adalh musuh yang payah dikalahkan kerana dia berada dalam diri kita.untuk mengawasinya sentiasalah mengukuhkan keimanan kita..

    peringkat UMUR..



    remaja(15-25tahun)- lagi berfikiran keanak-anakan..perlu menimba ilmu sebanyak mungkin dengan asuhan ibubapa untuk mencorakkan masa depan mereka.


    muda(25-40tahun)- umur yang penuh dengan kekuatan tenaga dan kecerdasan fikiran.gunakan masa ini untuk memperbanyakkan amal ibadat dan melakukan kerja2 islam.


    dewasa(40-60tahun)- umur matang.amal kebajikan mesti melebihi kejahatan.jikalau sebaliknya usahakanlah untuk mengatasinya.


    tua(60-70tahun)- umur terakhir bagi kebanyakan dari kita.(rasulullah wafat di usia 63tahun).tumpukan lebih kepada urusan amal ibadat.


    sabda rasulullah s.a.w "jaga2 siapa yang umurnya antara 60-70 tahun"

    Sunday, February 7, 2010

    jika mahu membalas cinta, balaslah dengan cara yang menyampaikan dua kekasih itu ke syurga. Bukan cinta berbalas dosa.Bukanlah soal bunga ros atau sekeping kad itu yang menjadi persoalan, tetapi kemusnahan jati diri sebagai seorang Muslim, dan sikap terhegeh-hegeh meniru segala yang datang daripada Barat itulah yang menjadi persoalannya.

    Wednesday, February 3, 2010

    renungan bersama...

    Kebahagian itu tidak dapat di cari,kebahagian itu ada pada diri kita sendiri.ketika seorang muslim bisa mengendalikan hawa nafsunya,dan bisa menerima hukum Allah dgn penuh kereda'an dan tawakal,maka disitulah letak kebahagian......